TERKINI : >>>> PENDAFTARAN KAFA 2017 ---> Pendaftaran masih lagi dibuka kepada murid-murid SK Jalan Kuantan (1). Ibubapa/penjaga sila berurusan dengan guru KAFA di Bilik Guru KAFA SK Jalan Kuantan (1) di tingkat 3 | Masa 1.30 - 4.30 petang|Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa ....harap maklum <<<<
SEJARAH SEKOLAH

14 Mac 1960
Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan Menumpang Di Sekolah Inggeris Jalan Batu.

02 Mei 1960
Sebuah Bangunan 3 Tingkat Dan Sebuah Kantin Dibina Di Atas Tapak Seluas 2.1 Ekar Di Lot 101, Bahagian 86a Di Daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur Untuk Dijadikan Sekolah Baru.

30 Julai 1960
Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan Dirasmikan Oleh Dymm Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibn Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor Ketika Itu.

01 Januari 1962
Diwujudkan Dua Buah Sekolah Iaitu Sekolah Rendah Jalan Kuantan 1 Dan Sekolah Rendah Jalan Kuantan 2.

01 Januari 1977
Sebuah Dewan Kecil Dibina  Dan Bahagian Kawasan Kantin Diperluaskan. Kerja-Kerja Ubahsuai Telah Dilakukan Dengan Kerjasama Pengerusi Lembaga Sekolah Ketika Itu Dr. Chong Shih Guan.

01 Januari 1995
Sebuah Bangunan Tambahan Empat Tingkat Disiapkan Untuk Menampung Jumlah Murid Yang Bertambah Kerana Sk Jalan Temerloh Diktutup Dan Dijadikan Pusat Ko Kurikulum. Jpwp.

01 Januari 1996
Nama Sekolah Bertukar Kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan [1] Kuala Lumpur.

01 Oktober 2002
Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan [2] Tidak Lagi Berkongsi Premis Dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan [1] Dan Berpindah Ke Bangunan Baru Bersebelahan Sekolah.

25 DISEMBER 2009
Sekolah kebangsaan Jalan Kuantan 1 menerima bangunan baru Empat tingkat.

01 November 2010
Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan 1 diarahkan berpindah ke bangunan SK Jalan kuantan 2 dan berkongsi dengan SK Jalan Kuantan 2, mengambil alih tempat Pejabat Pelajaran Keramat.